06.06.2009.....akhirnya berjaya juga saya menjejakkan kaki ke Pasar Siti Khatijah & Wakaf Che Yeh di Kelantan. Tetapi sebelum itu, rombongan kami sempat singgah di 'Syurga Tudung' di Kuala Berang. Dan seperti biasa, kalau dah bertemu manjalara... duit saya pun akan mengalir keluar seperti air. Namun saya bukanlah seorang pemboros. Saya cuma membeli mengikut keperluan... warna yang belum ada. Lagipun memandangkan harganya yang murah. Dibandingkan tahun lepas, saya 'shopping' manjalara di Pasar Payang, Kuala Terengganu... sehelai manjalara berharga kira-kira $30.00. Kalau di Kuantan lagi la...mencecah $60.00. Tapi trip saya kali ni..manjalara berharga cuma $10.00. Macam tak percaya. Tapi itulah realitinya. Jadi disebabkan ke'murah'annya... terpaksalah saya juga menjana ekonomi Negeri Kelantan seperti rakan saya. Walaupun duit saya berkurangan ekoran dari 'manjalara'...namun saya begitu berpuas hati. Minggu ini setiap hari saya akan menggayakan manjalara baru. Hehe... Bukanlah untuk menunjuk2...tapi merupakan satu kepuasan kepada saya. Ada juga yang menegur...'manjalara dah old fashion laaa...'. Whatever la dah ketinggalan ke apa ke...saya selesa memakainya. Di Wakaf Che Yeh, pelbagai nama baru tudung bawal yang dijumpai... 'Air Mata...Dahlia...macam2 lagi la'. Apapun hidup manjalara! Hehe...
2 comments:
huhu.. u ni.. shopping sakan.. jeles i.. huhu...
HIHI...xdek la sakan sgt. ala gitu2 je...
Post a Comment