“ Barangsiapa yang mencari jalan hidup selain ISLAM, maka tidak akan diterima daripadanya segala sesuatu, dan dia di akhirat kelak tergolong di kalangan orang yang rugi” Surah Ali-Imraan ayat 85.
Dan jangan salah sangka bahawa ISLAM ini adalah berkenaan solat, zakat, puasa, haji, Al-Quran semata-mata. ISLAM ini adalah kehidupan. Menggapai kecemerlangan dunia dan akhirat!
“ dan dari kalangan mereka ada yang berdoa, wahai RABB kami, berikanlah kami kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka” Surah Al-Baqarah ayat 201.
Dan jangan salah sangka bahawa ISLAM ini adalah berkenaan solat, zakat, puasa, haji, Al-Quran semata-mata. ISLAM ini adalah kehidupan. Menggapai kecemerlangan dunia dan akhirat!
“ dan dari kalangan mereka ada yang berdoa, wahai RABB kami, berikanlah kami kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka” Surah Al-Baqarah ayat 201.
Sumber ~ http://ms.langitilahi.com/yang-terbaik-dalam-dunia/
Petikan dari blog saudara Hilal ini banyak mengingatkan saya. Akhir-akhir ini saya terlalu banyak mengeluh kerana tuntutan dalam tugasan yang begitu membebankan & pelbagai permasalahan yang membelenggu pemikiran. ISLAM ini adalah kehidupan. Menggapai kecemerlangan dunia dan akhirat!. Kalau di dunia ini pun tidak cemerlang, bagaimana untuk cemerlang di akhirat?
Saya sering kali terlupa bahawa kerja itu satu amanah. Kadang kala sehingga menganggap kerja itu suatu yang membebankan. Subhanallah...begitu jahil nya saya. Rakan saya ada berpesan di waktu saya mengeluh ketika menghadapi permasalahan dalam menjalankan tugas seharian. Katanya...tugas ni satu amanah. Kalau kita lakukan dengan jujur, telus, ikhlas...maka kita akan dapat balasan yang baik & mungkin yang terbaik. Namun jika kita menganggap tugas sebagai suatu bebanan, maka apa yang kita dapat juga merupakan suatu bebanan. Dan bayangkan berapa banyak keluhan yang dilontarkan.
Bagaimana pula jika tiba waktu gaji? Saya percaya...waktu ini lah yang sememangnya dinanti-nantikan. Kita mengharapkan habuan setelah penat menabur bakti dalam tugas seharian. Tetapi pernahkah kita terfikir akan keluhan yang dilontarkan? Bagaimana untuk kita menilai habuan yang diterima hasil dari keluhan? Mengeluh...kemudian terima habuan (gaji). Gaji yang kita dapat, diagihkan untuk kegunaan seisi keluarga. Sedarkah kita bahawa gaji yang diterima hasil dari keluhan itu...menjadi darah daging seluruh keluarga? Apakah pula nilai & dimanakah letaknya taraf "keluhan & habuan" yang di terima.
Sesungguhnya Allah lah yang memberi rezeki kepada kita semua. Dan saya yakin, kita semua mempunyai akal fikiran yang waras dalam menilai sesuatu perkara. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Tetapi kita sebagai manusia sering berfikiran bahawa cuma kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Tepuk dada, tanya lah iman masing-masing. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment