Followers...

Monday, December 17, 2012

Biar Hati Berbicara...

Assalamualaikum wbt....

Lama sangat tak menjengah ke blog sendiri.. Blog org lain selalu jugak menyinggah. Tapi blog sendiri seakaan kebuntuan idea untuk menulis. Banyak yang berada diminda. Tapi untuk dicoretkan, tidak semudah itu bukan? :-) Biar Hati Berbicara... Kenapa minta hati untuk berbicara? :-) Kerana lidah sukar berkata-kata. Tak semuanya mampu dilafazkan, bukan?

Lebih 28 tahun hidup, terlalu banyak pengalaman..pengajaran hidup. Suka duka, pahit maung. Walaupun golongan senior (dari segi umur) yang lain boleh kata..baru 28 tahun... Its ok, terpulang apa orang nak kata. Saya melalui kehidupan dengan pengalaman tersendiri. Begitu juga anda. Kepahitan keperitan yang saya lalui, tidak semestinya anda juga lalui...begitu juga kepahitan & kekelatan mengharungi suka duka kehidupan anda, tidak semestinya saya juga lalui.

Perjalanan hidup kita berbeza... 30, 40, 50 tahun sekalipun kita hidup.. Jika seseorang yang baru belasan tahun umurnya mengalami ke'sengsara'an dalam hidupnya, adakah kita mampu berada ditempatnya sekiranya perkara sebegitu jadi kepada kita? Tepuk dada, tanya hati.. :-) Apa yang ingin dikongsi bukanlah berkaitan secara langsung pun dengan pendapat2 di atas. Itu cuma muqaddimah... Hehe...
Syukur...Syukur...Syukur Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu diungkapkan. J.O.D.O.H?? Ya..itulah maksud saya.. Hanya hati yang mampu berbicara. Sukar sekali ingin ditafsir..apa itu JODOH? Bagaimana saya memilih JODOH? Bagaimana saya mendapat JODOH?

Subhanallah... Perancangan Allah itu cantik sekali. Sejujurnya, saya memang tiada teman istimewa...(atau dalam istilah am...pakwe-makwe)... Tiada dalam kamus hidup. Huhu...

Walaupun pernah belajar di tempat yang sama pada tahun 2002, kami tidak mengenali antara satu sama lain.. Pada tahun 2010, kami 'bertemu'. Di mana?? Di MUKABUKU = FACEBOOK. Hehe.. Dulu saya tak percaya pada CINTA MUKABUKU. Pada saya macam mustahil. Kerana tidak mengenali secara langsung. Tapi akhirnya...saya juga terjerat dengan MUKABUKU. Tapi bukan CINTA ya... :-) No CINTAN-CINTUN before nikah, InsyaAllah :-) 2 tahun perkenalan (just kawan-kawan..thru sms, whatsapp, chatting), 2012 barulah mula hati masing-masing terbuka. Setelah si dia menjadi tetamu rumah Allah. Alhamdulillah, Allah bantu tunjukkan jalan...

Nanti sambung lagi yaa.... ;-)

2 comments:

::Misz sunsWeetz:: said...

e x sabar nk tau citer selanjutnya=) mcm sama je kisah kita

zuhanif said...

wahhh tak sabar juga huhuhu tertarik sangat nak tahu huhuhu teringat kisah2 lama dulu termasuk fithnah org terhadap kita berdua heheeh bila pk2 lawaknya mengalahkan raja lawak mega :P