Followers...

Tuesday, May 15, 2012

Di telan salah.. Nak di luah pun serba tak kena..

Rata-rata ramai juga teman-teman yang bertanyakan tentang 'sesuatu' yang berlaku kepada saya baru-baru ini. Tak kurang ada yang sampai merajuk sebab tak diberitahu. Allahuakbar, saya insan yang sangat lemah. Janganlah desak saya sebegitu rupa. Ada yang hingga seolah-olah ke tahap nak putuskan persahabatan..SUBHANALLAH!
Wahai sahabat...terlalu banyak perit getir hidup yang dilalui.. Terlalu banyak asam garam dalam hidup. Perjalanan hidup saya penuh dengan ujian. Ye benar, semua orang pun di uji..semua orang punya alasan..ada masalah tersendiri. Tapi percayalah, apa yang saya lalui..terlalu perit. Yang tak dilalui oleh orang lain pun. Alhamdulillah. Walaupun segalanya pahit, tapi saya tetap bersyukur..Allah memilih saya melalui jalan ini..tanpa diminta oleh sesiapa pun. Mungkin saya istimewa disisi-Nya...siapa tahu.. :-) Saya sayang semua kawan-kawan saya. Saya sayang semua orang di sekeliling saya. Sebolehnya..semahunya..akan saya cuba sedayanya untuk memenuhkan hasrat semua orang. Menggembirakan semua orang. Tapi apakan daya, kudrat saya terlalu lemah. Saya tak berdaya. Percaya duhai sahabat..setiap sesuatu ada sebab musababnya. Begitu juga saya..saya juga ada sebab mengapa jadinya sedemikian..
Pinta hati kecil..janganlah memaksa..kerana tiada orang yang suka dalam keadaan keterpaksaan. Pinta hati kecil..janganlah dipermainkan tali persahabatan..belajarlah menghormati hak & keputusan seseorang itu. Pinta hati kecil..janganlah difikirkan yang negatif atau tak baik tentang sesuatu yang dirahsiakan..sebaliknya, doakanlah kebaikan, doakan kekuatan. Semoga kebahagiaan milik kita semua. (" ,)

1 comment:

Anonymous said...

Bertabahlah kak..