Followers...

Tuesday, January 3, 2012

Assalamualaikum 2012...

Lama sungguh tak menjenguk ke sini. Ada juga kawan2 yang bertanya..apa cerita blog...kenapa menyepi?? Saya masih disini.... Terima kasih kerana ada yang masih mengingati diri ini... (" ,)



Pejam celik...dah 2012... Saya akan berumur 28 tahun. 28 tahun hidup di dunia ni, banyak mengajar saya erti kesabaran, erti kesyukuran, erti ketaatan, erti kasih sayang, dan pengertian dunia & akhirat. Daif sekali rasanya diri ini. terlalu banyak yang masih belum tau. Masih banyak yag perlu dipelajari. Semoga Allah bantu, Insyaallah...



Apa yang saya lalui & dapat sepanjang 2011, semakin mematangkan saya. Untuk menempuh hidup yang kian mencabar.



Insyaallah, 2012..sesuatu menanti. Semoga Allah terus bantu & beri kekuatan kepada saya & kita semua untuk menempuh segalanya. Semoga yang terbaik untuk kita semua...




p/s : maaf jika ada post lama yg tak jelas tulisannya. baru ubah lay out. sempena tahun baru. lay out pun kena baru la.. hehe.. (^_^)