
Alhamdulillah.. Di hari jumaat yang mulia ni.. Saya rasa sgt happy.. Sgt suka.. Sebab hari ni, merupakan my 3rd anniversary saya bertugas di sini. Sebagai penjawat awam.. Terlalu byk suka duka, riang tawa..sepanjang sy berada di sini..
Masih terbayang, hari pertama melapor diri di bandar Jengka.. & pertama kali juga..seumur hidup saya..melangkah kaki ke bandar Jengka ini. Walaupun asal Pahang, tapi x pernah terlintas utk singgah di Jengka.. Huhu..
Ketika ingin mendaftar, saya datang bertemankan bonda & kanda..
Percaya atau tidak.. Kami sesat utk mencari jln exit ke bandar Jengka.. Daif sekali.. Huhu.. Setelah sekian lama.. Hampir 2 jam setengah (normally kurang 2 jam dah boleh sampai) perjalanan, gara2 tersesat...akhirnya kami sampai di tempat yang ditujui..
Insan pertama yang saya perlu jumpa ketika itu... Timbalan Pendaftar. Kemudian Dato' Pengarah. Seterusnya Timbalan Pengarah.. & lain2 ahli ME (Mesyuarat Eksekutif).
Hari kedua.. Saya perlu melapor diri di sini pula.. (tempat bertugas sekarang). Sebagai staf pengurusan & profesional yang pertama ditugaskan di sini, cabaran nya begitu banyak sekali.. Hmm...
Hari ketiga.. Saya ditugaskan ke Shah Alam.. Membawa rombongan pada ketika itu. Debaran nya, sukar di gambar. Sebagai orang baru, di tempat baru..& my 1st job.. Bila di suruh lakukan semua ini..huh~.. Untuk saya katakan tidak, mustahil! Saya bukanlah orang yang takut pada cabaran. Akhirnya.. Alhamdulillah... =)
Minggu kedua sy bertugas..barulah ditempatkan di pejabat yang ada sekarang.. Sedihnya melihat.. Yang ada, hanyalah.. sebuah komputer..sebuah meja & sebuah kerusi.. Komputer tu pun..yg lama.. Dalam proses pelupusan.. Perasaan ketika itu..sangat sedih..kecewa. Sebab saya datang dengan perasaan yang berkobar2. Tapi itu realitinya..
Setelah 3tahun berkhidmat.. Pelbagai perasaan yang dirasai.. Suka, duka.. Sedih, gembira.. Hmm.. Pengalaman yang banyak mengajar saya untuk menjadi 'somebody'. Sedih, kecewa.. macam2 dirasai.. Tapi saya sedar & sentiasa mengingatkan diri.. Ini punca rezeki saya.. Periuk nasi saya.. Kalau saya ikhlas, InsyaAllah..akan ada keberkatannya di situ..
Niat di hati untuk 3rd anniversary ni, nak make over bilik.. Tapi, kekangan masa & kesibukan kerja akhir2 ni..menghalang untuk meneruskan misi. InsyaAllah, akan dilakukan juga.. Walaupun dah lepas anniversary.. =)
Gambar di office saya.. blh tengok kat link ni --> 2nd Anniversary.
Setakat ni..dah ada la perubahan sikit2.. Tapi tak banyak pun. Almaklumlah, bilik kecik jer.. So x boleh nak make over sangat pun.. Huhu.. Bila dh make over sikit2 nanti, akan di update lagi yer.. (cewah, mcm la ada yg nak tengok pun.. kui3..)
Suka duka saya bekerja di sini, terlalu sukar untuk di kongsi. Ada yang terlalu pahit.. Ada yang ok-ok je.. Yang terlalu manis?? Hmm.. Ntah la..
Lastly, doakan saya. Doakan kejayaan kerjaya saya. Semoga saya mampu menjadi somebody 1 hari nanti. Semoga saya mampu buktikan di mata semua orang, saya boleh. Saya mahu menjadi lebih bagus dari sebelumnya. InsyaAllah..
1 comment:
OOOOO ni la aniversary yg aunty ckp aritu ekkk... mati2 mama ingatkan ape laaa
Post a Comment