Followers...

Thursday, January 13, 2011

C I N T A (Draf 1)


Adam diciptakan utk Hawa. Hawa juga diciptakan utk Adam. Bila 2 insan bersatu hati, maka terciptalah suatu ikatan yg suci murni. 

Dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Ada tiga perkara yang barangsiapa memilikinya nescaya ia akan mendapatkan manisnya iman: (1).Allah Ta’ala & Rasulullah S.A.W lebih ia cintai daripada yang lainnya, (2). Mencintainya seseorang, tidaklah ia mencintainya melainkan kerana Allah Ta’ala, (3). Benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah Ta’ala menyelamatkan darinya sebagaimana ia benci dirinya dimasukkan ke dalam api”.

Manisnya percintaan, hanya insan yang mengalaminya saja merasai. Pahit maung sebuah ikatan. Kemanisannya mungkin lebih dirasai jika berdasarkan 3 hadis yang dinyatakan di atas. InsyaAllah.

Kategori Cinta

1. Cinta kepada Allah & Rasul
2. Cinta kepada Ibu & Bapa
3. Cinta kepada kaum keluarga
4. Cinta kepada Guru / Pendidik
5. Cinta sesama insan / makhluk

Namun, jika kita tidak ada rasa cinta kepada ilmu..mampukah kita mencintai semua yang diatas..??

Hakikat Cinta

Sukarnya menemui cinta sejati. Kerana segalanya ketentuan Illahi. Namun, ramai yang tidak sedar.. Cinta yang sebenar.. Cinta yg Agung & Hakiki..ialah cinta kepada Allah & Rasul. Jika kita ikhlas mencintai Allah & Rasul, InsyaAllah..kehidupan akan dipermudahkan. Setiap yang sukar, akan ada jalan penyelesaiannya. 

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Tidaklah seorang hamba beriman hingga aku menjadi orang yang lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan manusia semuanya.” (HR. Bukhari)

Allah Ta’ala juga berfirman :
“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri” (QS. Al-Ahzab: 6).

Maka Rasulullah S.A.W bersabda :
“Tidak !Demi zat yang jiwaku ada di tangan Nya, hingga aku menjadi orang yang lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri”

Maka ’Umar R.A pun berkata kepada beliau, “Sesungguhnya sekarang, Demi Allah, engkau sungguh lebih aku cintai daripada diriku sendiri”.

Maka Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sekaranglah wahai Umar!” yakni, baru sekaranglah imanmu sempurna.

Formula Cinta

Cinta ialah sesuatu yang terlalu subjektif untuk dinilai & diperkatakan. Jadi bagaimana kita mampu mewujudkan formula berkaitan cinta? Kata orang cakap cinta itu buta. Persoalannya, adakah cinta yang buta atau kita yang buta hati & buta mata hingga tak mampu menilai sesuatu perkara?

* Cahaya Cinta

* Cinta Sempurna



[* masih mencari idea utk penulisan artikel... (T_T)]

1 comment:

Kama Irahsa said...

tgk sekeliling kita. jgnkn artikel, satu buku pun boleh tulis. hehe. tulis la benda yg berlaku di sekeliling kita..idea tu!! hehe