Followers...

Tuesday, November 3, 2009

La Tahzan 4

HARI INI ADALAH MILIK ANDA

Apabila tiba waktu pagi, maka janganlah anda menunggu waktu petang datang. Hari ini adalah hari yg sebenarnya anda hidup. Kehidupan anda bukanlah yg kelmarin, yg telah membawa kenangan yg baik & juga buruk. Dan juga kehidupan anda bukanlah besok yg belum tentu datang sehingga sekarang. Hari ini adalah hari yg telah dinaungi oleh sinaran matahari & anda telah mendapati waktu siangnya adalah hari anda sebenarnya. Umur anda hanya satu hari. Maka tanamkanlah dalam hati anda sebuah kehidupan yg nyata pada hari ini. Seakan-akan anda dilahirkan pada hari ini & anda mati juga pada hari ini. 

Allah s.w.t berfirman yg bermaksud; 'Sebab itu berpegang teguhlah kpd apa yg Aku berikan kepadamu & hendaklah kamu termasuk dalam golongan orang-orang yg bersyukur', (Q.S. al-A'raf : 144)

Hari ini adalah hari anda sebenarnya, wahai umat manusia. Ini merupakan ungkapan yg sangat indah di dalam kamus kebahagiaan, iaitu bagi orang yg menginginkan sebuah kehidupan yg lebih indah & sejahtera.

No comments: