Followers...

Tuesday, October 20, 2009

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang gatal bercinta: 

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan air tebu bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'. 

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin memang bukan jodoh untukmu. 

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu di gunung tahan untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'. 

4. Jika engkau menyintainya dan ingin dicintai, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA. 

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu belaka, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan. 

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik terbalik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. 

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating' atau coupling, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu. 

8. Bercintalah untuk mencapai menggapai cintaNYA. 

9. Jika engkau masih belum bercinta janganlah dok gatai nak becinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan. 

10. Jangan biarkan nafsumu amarah dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu. 

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

No comments: