Followers...

Wednesday, September 16, 2009

W A N

WAN lahir sekitar tahun 1920-an. Dilahirkan dalam keluarga yang menganut agama KATOLIK. Berasal dari PORTUGAL dan berbangsa PORTUGIS. Bangsa Portugis ialah daripada populasi selatan Eropah. 

WAN diberikan petunjuk...dan akhirnya menganut AGAMA ISLAM secara rasminya (tahun yg tepat tidak dapat dipastikan). Dan kemudiannya WAN berkahwin dengan ATOK. Mereka dikurniakan ramai cahaya mata. Ketentuan Illahi, jodoh mereka tak berpanjangan. Namun WAN tetap gigih membesarkan kesemua putera-puterinya. Dan kini kesemuanya telahpun berjaya dalam kehidupan. 

Seronok bersama dengan WAN. Memasuki rumahnya ibarat kita menjejak kaki ke Negara Portugal. Susunan dan ukiran yang tersangat cantik. Yang selama ini (bagi kami yg belum pernah menjejak kaki ke Portugal) hanya dapat di tonton di kaca tv, mahupun yg di cetak di atas kertas. Namun kami sebagai cucu WAN tersangat bertuah. Kerana dapat melihat semua itu, secara 'live'. 

Walaupun telah berpuluh tahun memeluk ISLAM dan tinggal di sini, namun lidah wan tetap pelat dengan bahasa PORTUGIS nya. Kami barisan cucu-cucu ini seringkali ketawa tatkala melihat WAN dengan rancaknya berceritakan sesuatu perkara. Bukannya kami ketawa dengan cerita yg WAN sampaikan, tapi kami suka mendengar percakapan WAN yg pelat tu....seperti budak baru belajar bercakap. Tapi kami tidak pernah mengejek WAN. Dan WAN pun tahu yg kami memang suka bergurau apabila mendengar WAN bercakap. WAN selalu cakap, 'Yana, Liza dgn Ina tu mula la...' Sambil menggeletek pinggang salah seorang dari kami yg duduk berhampiran dengan WAN. Kami terlalu rindukan suasana itu WAN.

Tanggal 15 September 2009 / 25 Ramadhan 1430 H, lebih kurang jam 04.30 petang...selepas solat asar. WAN telah pergi menyambut seruan Illahi. Panggilan yg diterima sekitar jam 05.00 petang, seakan2 tidak percaya. WAN telah pergi meninggalkan kami semua. Hanya beberapa hari menjelang Syawal. 

WAN,
"Kami terlalu merindui WAN. Gelak ketawa kita bersama. Kami menyayangi WAN. Kami doakan WAN sejahtera hendaknya & di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Pemergian WAN kami iringi dengan doa. Ampun & maaf di pohon sekiranya ada dikalangan kami yg pernah mengguris hati WAN. Ketahuilah WAN, sesungguhnya kami tak pernah berniat untuk melakukan semua tu. Kami terlalu menyayangi WAN".

2 comments:

Anonymous said...

salam dik..
takziah
kuatkan hati okiesh
semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman..

Miss Nurul said...

TQ Alang...