Perkahwinan adalah suatu perkara yang sangat subjektif. Sukar untuk ditafsirkan. Malam tadi saya terfikir tentang perkara ini. Bukanlah saya ni 'dah gatal nak kawen ke apa...'. Just fikir sebab terlintas difikiran. Hmmm...
Adakah sudah bersedia untuk berkahwin?
Bilakah masa yang sesuai untuk berkahwin?
Sudah bersediakah dari segi mental & fizikal untuk memikul tanggungjawab yang cukup berat ini...untuk memikul amanah Allah?
Mampukah membahagiakan pasangan?
Mampukah memberi & menerima kebahagiaan seperti yang diimpikan?
Bolehkah diri mencintai & dicintai?
Dapatkah kita mengecapi kebahagiaan seperti orang lain?
Hmm..terlalu banyak persoalan yang membelenggu. Sukar sekali memberi jawapan. Lebih-lebih lagi situasi yang terjadi bulan lalu, hingga sekarang membelenggu fikiran saya. Jiran saya bergaduh suami isteri. Ketika itu, watu menghampiri 12 tengah malam. Kedengaran suara orang menjerit minta tolong. Saya & mak saya bergegas keluar. Sambil adik saya mengejutkan ayah yang telah tidur. Kelihatan seorang ibu memeluk erat menantu perempuannya yang sedang mengamuk, menjerit..bagaikan dirasuk.
Jelas kedengaran...'ceraikan aku...kau jantan tak guna...selama ni kau bagi anak bini kau makan duit haram...hidup kau cuma untuk benda tu (dadah)...kau ingat aku ni pelacur macam mak aku? boleh jumpa mana2 jantan...'. Nauzubillah. Bila syaitan dah menguasai fikiran..segala-galanya diluahkan sehinggakan aib ibu sendiri. Tergamam kami mendengar. Orang yang kita lihat bahagia selama ini, rupanya berdarah dihati.
Situasi seterusnya yang berlaku dikalangan keluarga saya sendiri. Sepupu saya baru mendirikan rumah tangga hampir 2 tahun. Mereka tinggal di bandar besar..Shah Alam. Perkahwinan mereka menggembirakan kami seisi keluarga kerana merupakan cucu yang pertama mendirikan masjid. Namun setelah hampir 2 tahun...disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Kini rumah tangga mereka dilanda masalah. Ekoran kegawatan ekonomi yang melanda menyebabkan kewangan mereka tidak stabil. Hidup pula di bandar yang sentiasa memerlukan wang. Doa kami seisi keluarga, semoga mereka mampu bertahan & berikhtiarlah dalam mencari penyelesaian. Insyallah Allah maha mengetahui.
Jujurnya hingga kini, saya masih lagi belum mempunyai kekuatan untuk menempuhi alam perkahwinan. Mungkin kerana sehingga kini, tiada siapa dapat meyakinkan saya yang perkahwinan sememangnya sesuatu yang membahagiakan. Saya tidak menetapkan matlamat untuk berkahwin pada usia berapa. Saya berserah sepenuhnya. Orang sekeliling sering bertanya, sehingga saya dah malas nak memberi apa-apa respon lagi. Cukuplah saya menjadi diri saya seadanya.
Realitinya, semua orang mengimpikan kebahagiaan...
Must read ~ http://ms.langitilahi.com/rugi-nanti/

2 comments:
i nak kawen...
kawen2
Post a Comment