OPKIM merupakan singkatan bagi Program Operasi Khidmat Masyarakat. Sekteriat HEP telah mengadakan program OPKIM pada 13-15 Mei 2009 di Kg. Kuala Medang, Mukim Ulu Jelai, Kuala Lipis. Maklumat lanjut berkenaan dengan tempat tersebut boleh layari, www.kualamedang.com.
1st day...
Bertolak dari Kuantan kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki sebuah van & 2 buah bas. Kami tiba di Bandar Kuala Lipis untuk makan tengahari kira-kira jam 1 petang. Pertama kali saya menjejak kaki di bandar Siti Nurhaliza. Seterusnya kami tiba di Kg. Kuala Medang pada jam 3.30 petang dalam keadaan hujan renyai-renyai. Jawatankuasa Kampung berpakaian merah sedondon sambil memegang bunga manggar, tepak sirih & bunga telur. Nampak macam meriah. Seterusnya peserta diagihkan mengikut keluarga angkat di Kg. Kuala Medang & Kg. Serau. Kami pulak terpaksa bermalam di dorm dengan bayaran $20 semalaman dengan keadaan yang tidak berapa selesa.
2nd day...
Aktiviti diteruskan seperti biasa. Hari ini giliran saya & Kak Ani memberi ceramah. Kak Ani kepada pelajar PMR manakala saya kepada pelajar form 4 & 5. Walaupun sekolah ini nampak ok, malangnya kami menerima sambutan yang tidak begitu baik dikalangan guru-guru. Pelajar semua ok-ok je. Habis ceramah, tiada seorang guru pun yang mengiring kami untuk keluar dewan. Akhirnya sambil menunggu driver menjemput untuk pulang, kami menjamu diri sendiri dengan air yang dibeli di kantin sekolah. Di hari kedua ni kami terpaksa check out. Ini salah satu masalah yang sepatutnya tidak wujud. Tapi pihak pengurusan homestay tersebut terpaksa mengeluarkan kami kerana ada team lain yang hendak menginap. Dengan alasan, mereka menempah 1 bangunan. Sedangkan kami yang tempah terlebih dulu. Akhirnya kami menumpang di rumah Cik Nab. Caterer di kawasan tersebut. Rumahnya selesa. Tetapi jauh sedikit. Tak pela, sekurang-kurangnya kami ada tempat tinggal. Petang tu, nak balik ke rumah Cik Nab, kami terpaksa naik belakang lori. Huhu best2.. Hari ni kami tak sempat lunch. Mengejar waktu kesana kemari. Sebelah malam, ada forum. Lepas forum barulah kami mencari makanan. Masa tu dah jam 12 lebih. Itulah masa makan yang ada untuk kami pada hari tersebut.
3rd day...
Hari ini merupakan hari terakhir kami disini. Ada perasmian penutup yang sepatutnya disempurnakan oleh ADUN Ulu Jelai. Namun, ADUN tidak dapat hadir. Akhirnya, hanyalah diwakili oleh District Officer. Bolehlah dari tiada wakil... Selepas solat jumaat kami berkumpul di dewan untuk majlis perpisahan & bertolak ke Kg. Pantos. Kg. Pantos merupakan perkampungan orang asli islam di sini. Terletak tidaklah terlalu jauh dari Kg. Kuala Medang. Cuma kesian kepada pelajar kerana terpaksa berjalan sejauh 2km untuk sampai ke sana. Ini kerana, laluan tersebut tidak boleh dilalui oleh bas. Nasib kami datang dengan van. Kalau tak, terpaksalah menyertai pelajar. Hampir tiba di Kg. Pantos, kelihatan jambatan gantung lebih kurang 300meter. Saya dah mula panik. Kerana saya memang seorang yang gayat. Tapi saya cuma mendiamkan diri. Kami semua terpaksa menapak di atas jambatan tersebut. Tak dapat saya bayangkan, ada yang boleh terlompat2 diatas jambatan tersebut. Saya dilanda pening. Saya jalan begitu perlahan & tidak mampu untuk membuka mulut. Namun, pelajar makin rancak menggoyangkan jambatan tersebut. Sampai dipenghujung jambatan, saya pitam. Nasib ada orang disebelah. Kalau tak, ntah2 jatuh ke sungai..Nauzubillah. Huhu..insiden yang memalukan. Saya sendiri tidak menyedari bahawasanya saya mengalami gayat yang agak teruk. Yang saya tahu, saya memang seorang 'mabuk laut'. Lagipun hari tu merupakan hari kedua kami tak sempat nak lunch. Mungkin itu salah satu faktornya kot. Apapun semuanya berjalan dengan lancar. Insyallah. Tamat program OPKIM. Saya dapat membawa pulang, air salak, dodol, sambal belimbing buluh & beberapa barang lagi. Apa yang dapat disimpulkan, OPKIM kali ni tak lah sebest OPKIM yang pernah saya hadiri sebelum ini. Apapun banyak ilmu yang saya dapat sepanjang berada disana. Antaranya baru saya tahu, Kuala Lipis merupakan pertengahan di antara semenanjung Malaysia (maklumlah masa study geografi dulu saya byk main je..hihi). Hmm, inilah pengalaman OPKIM saya di Kampung yang terbaik di Malaysia. Namun, layanan & sambutan yang diterima bukanlah yang 'terbaik'. Apapun, kami terima seadanya...
1 comment:
dasat2, cam ngeri je nk g kg tuh..
Post a Comment